
Cuti hujung minggu ni cheq-sue & hubby bawa Adam & Aisyah ke Genting Highland…….dekat ajer. Tapi dlm tak sedar rupanya dah lama cheq-sue tak ke sana. Last pergi masa Adam umur 10 bulan. Serik pergi sebab masa tu lepas balik ajer dari Genting Adam demam panas sampai kena tahan wad 5 hari. Sejak tu lami dah tak ke sana.
Semalam baru teringat cam nak bawa Adam & Aisyah ke Genting….Aisyah belum pernah sampai. kami bertolak dlm kul 2.00 petang….sampai sana check-in dulu kat First World Hotel….berjam-jam tunggu turn utk check-in shj. Dapat masuk bilik dah dekat Maghrib….badan pulak rasa letih sgt….kesudahannya kami tak turun-turun dah lepas tu. Abah ajer yg turun belikan makanan. Makanan pulak 2-3 kali ganda lebih mahal!! Tapi disebabkan tak makan lunch tadi so…perut dah masuk angin perlulah jugak isi perut ni.


Awal-awal pagi lagi cheq-sue kejutkan abah utk gi breakfast. Ingatkan boleh makan puas-puas…rupanya mak datok!!! mengalahkan nak beli tiket wayang…..org kena beratur nak ambik makanan. Nampak gayanya inilah kali pertama & terakhir kitorang check-in kat hotel nih. Next Time kalau ada rezeki nak stay kat Awana pulak.



Lepas breakfast kitorang terus check-out simpan barang-barang dlm kereta pastu barulah beli tiket utk indoor game shj. Cuaca sejuk kat luar….masa naik komuter keliling theme park tu ajer…..dah rasa kesejukan yg amat. Kali ni best sebab Adam dan Aisyah dah boleh jalan sendiri. Diorang dah boleh enjoy dgn indoor game yg ada kat sana. Kami tak ambik family package sebab nak balik awal…rugi kalau bayar sampai dekat RM200 tapi main sikit ajer. So, kami decide beli tiket per-entry ajer. Habis gak dekat RM100. Layan ajer aper game yg Adam nak ….kesudahannya sampai 3 kali Adam main game yg sama. Dia syok sgt naik keretapi mini tuh.

Kul 2.00 petang…tekak dah rasa kering, so sebelum balik lepak sambil minum ice-mocha & blackforest cake kat Starbuck. Aisyah makan banyak…. Lepas minum kami terus bergerak pulang…Adam dah mula tunjuk tanda-tanda tak sihat….risau cheq-sue. Harap dia tak apa-apa.

Inilah yang dikatakan "sambil menyelam minum air". Cheq-sue terlibat secara langsung sebagai pengaturcara Program Orientasi Guru-guru Baru MARA 2009. Sambil bertugas di Tiara Beach Resort, Port Dickson…….waktu petang sempatlah juga melayan anak-anak mandi manda di sana. Tempatnya memang sesuai sebagai destinasi percutian keluarga.
Cuma tak tahan kulit dah bertukar kemerah-merahan sebab panas. Aisyah dan Adam….kulit mereka dah mula mengelupas walaupun sudah disapu sunblock. Cheq-sue berada di sana dari 19 hingga 21 Jan 2009.
Mengulas sedikit tentang guru-guru baru MARA ni…..seramai 470 orang telah ditawarkan jawatan dan seramai 430 orang yang hadir dari seluruh pelusuk tanah air. Pada hari pendaftaran…..tersentuh juga perasaan tatkala melihat para ibu bapa dgn wajah gembira dan penuh pengharapan menghantar anak-anak mereka untuk berkursus dan seterusnya menggalas tanggungjawab sebagai pendidik anak bangsa. Pastinya dengan iringan doa restu ibu bapa mengizinkan mereka bertugas walau dimana sahaja mereka diarahkan.
Kini mereka berada di bawah urusan cheq-sue di Unit Pengambilan & Penempatan Guru MARA. Pelbagai persoalan dan permohonan yang diajukan. Terutama tentang penempatan iaitu tempat di mana mereka akan diarahkan bertugas. Ada yang menerima dengan penuh tekad namun ada juga yang masih tidak berani untuk berdikari dan berjauhan daripada keluarga.
Cheq-sue yakin setelah minda mereka dibasuh dan semangat pejuang bangsa mereka diasah selama seminggu di PD, mereka akan dapat menyelami dan memahami VISI & MISI MARA yang sebenar. Harapan cheq-sue semoga mereka bersedia utk bertugas di mana-mana sahaja.

Antara aksi-aksi bersama keluarga yang sempat dirakam:



Cikgi-cikgi di dlm gambar inilah yg telah tolong ambik gambar kami mandi……


Hari ini 19 Jan 2009 cheq-sue sekeluarga menyertai sambutan Hari Keluarga Bhg Sumber Manusia MARA. Adam dan Aisyah lah yg paling seronok…terutama semasa sesi mandi manda….jom cuci mata tgk aktiviti-aktiviti yg Adam sertai….satupun tak menang. heheheh


Heehehhe….pandai anak mami dengar cakap mami isi gula-gula dalam baju. Nah memboyot perut adam dgn gula-gula dlm baju dia tuh.

Aisyah….dapat 1 gula-gula ajer! ni masih tak faham taktik. Dia tgk ajer org kutip…..dpt 1 dah cukup bagi dia agaknya.



Acara heret bola dgn gelung…



Acara tanggal kasut dan cari semula kasut sendiri…..kelakar…masa tanggalkan kasut Adam, rupanya dia pakai stoking sebelah lain, sebelah lain!

Adam dah tak sabar nak main air….
Akhirnya tibalah ke acara yg ditunggu-tunggu…..main air!!!
